SEORANG polis di bandar Guiyang, China menjalankan tugas seperti biasa apabila mengarahkan sebuah van yang kelihatan membawa muatan berlebihan berhenti untuk diperiksa.
Ketika menyuluh bahagian belakang van yang tidak lagi dilengkapi dengan kerusi itu, anggota polis berkenaan terkedu seketika kerana terperanjat.
Di sebalik dua manusia di kerusi depan, terdapat puluhan manusia disumbat di belakang van tersebut!
Polis kemudiannya mengarahkan kesemua penumpang di bahagian belakang van keluar dan cuba teka berapa ramai manusia yang boleh disumbat di bahagian belakang van 6 kerusi ini?
https://www.youtube.com/watch?t=19&v=W9QAipjZQ-E
Ye, 49 orang! Kesian… semuanya berhimpit-himpit lebih daripada sardin demi mencari sesuap nasi di negara yang tak ada perkara mustahil seperti China.
Pemandu van berkenaan memberitahu polis dia dalam perjalanan membawa pekerja ke tapak pembinaan dan untuk menjimatkan masa dia membuka kerusi belakang dan memuatkan seramai mungkin pekerja di dalamnya.
Polis dilaporkan berkata, pemandu berkenaan bakal berdepan hukuman berat kerana membawa muatan berlebihan adalah kesalahan besar bagi undang-undang jalan raya di sana.
Pada Julai 2014, 11 penumpang van termasuk 8 kanak-kanak tadika di China maut apabila van mini yang membawa penumpang berlebihan termasuk ke dalam parit.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi