SATU pasangan gay telah dihempuk dengan kerusi di sebuah restoran barbeku di Manhattan selepas secara tidak sengaja menjatuhkan minuman pelanggan lain.
Jonathan Snipes,32 dan teman lelakinya Ethan York-Adam, 25 dikatakan bergegas keluar dari sebuah restoran selepas mendapat tahu berita kematian keluarga terdekat.
Pasangan itu bagaimanapun secara tidak sengaja terlanggar meja pelanggan lain menyebabkan minuman terjatuh.
Pertengkaran mula tercetus selepas pelanggan tersebut menghina mereka sebagai pasangan homoseksual.
Akibatnya Jonathan bertindak berhadapan dengan pelanggan itu dan pertengkaran mencetuskan pergaduhan yang tak disangka.
https://www.youtube.com/watch?v=im1YKnoOTxs
Melalui video yang tersebar, seorang lelaki botak kelihatan telah menghempuk kepala salah seorang mereka dengan ganas menggunakan kerusi restoran.
Menurut sumber, punca pergaduhan adalah akibat ‘kebencian’ terhadap golongan gay.
Kes kini masih dalam siasatan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt