LUMRAH zaman anak-anak kini yang lahir dengan perkembangan teknologi canggih kerana budak lelaki ini terpinga-pinga dan tidak tahu dengan kewujudan telefon awam atau lebih popular dengan public phone.
Tak pasti sama ada zaman ini terlalu moden atau budak ini terlalu kolot sampaikan tidak kenal dengan telefon itu.
Maklumlah, sekarang anak-anak yang baru lahir pun sudah disajikan dengan android atau iphone sebagai mainan.
Budak zaman dulu tak perlu ajar, kebanyakannya mesti kenal dengan telefon awam sebab hari-hari teman kakak ‘bergayut’ dengan boyfriend di situ.
https://www.youtube.com/watch?v=Txc4Z8QZpOo
Kalau diikutkan dengan perkembangan teknologi, memang susah juga nak tengok orang ramai gunakan telefon awam, kalau ada pun pasti sudah rosak!
Sememangnya tak mustahil kalau anak-anak zaman canggih ini tak kenal dengan ‘barangan’ lama yang suatu masa dulu popular dikalangan kanak-kanak serta remaja.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt