Walaupun riak di wajah nampak tegas, namun rakyat jelata terutamanya di negeri Johor tahu bahawa Tunku Mahkota Johor, iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail merupakan individu yang turut memiliki sifat humor.
Andai sebelum ini, Tunku Ismail pernah berjenaka tentang kehilangan Stadium Larkin, kali ini, TMJ sekali lagi menggeletek hati ramai pengikut apabila menunjukkan aksinya sedang memasak pula.
TMJ Buat Lawak Stadium Larkin Kena Curi!
Melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, ia memaparkan TMJ sedang ‘memasak’ juadah diberi nama resepi ‘Tengku Boo Boo’.
Yang kelakarnya, penonton video tersebut dapat melihat adik kesayangan TMJ, Tengku Boo Boo atau nama sebenar, Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim Ismail menjadi ‘mangsa’.
Rakaman berdurasi 44 saat itu memaparkan TMJ kononnya sedang memasak Tengku Boo Boo yang berada di dalam sebuah baldi berisi air.
Bukan itu sahaja, TMJ turut memasukkan garam dan bahan-bahan lain bagi menyedapkan resepinya itu. Alahai, lawak betul.
Di ruangan komen, ramai rakyat jelata memuji perwatakkan TMJ yang pandai berjenaka dengan adiknya. Mereka turut berkongsi keletah adinda TMJ, iaitu Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail yang turut pernah menyakat Tunku Boo Boo sebelum ini.
Untung Tengku Boo Boo memiliki kekanda seperti TMJ dan Tunku Jalil.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Video TMJ Sedang Mencuba Resepi Baru
https://www.youtube.com/watch?v=5Hkzu0IzoVY