BUKAN mudah untuk menasihati orang ramai supaya berhenti merokok.
Pelbagai kempen dan usaha telah dijalankan, dilancarkan dan dirasmikan oleh bermacam-macam pihak, pertubuhan, organisasi dan sebagainya namun tabiat perokok Malaysia sememangnya amat tegar.
Sesetengah mereka malah tak segan silu merokok di tempat awam tanpa mempedulikan orang ramai di sekeliling.
Lagi diberitahu tempat itu adalah kawasan larangan merokok, lagi dihisapnya demi memuaskan nafsu anak tekak yang sentiasa menginginkan nikotin.
Buat perokok-perokok tegar di luar sana, kami pasti anda mengetahui bahaya asap rokok yang dihembus anda kepada orang lain bukan?
Jika anda masih berdegil dan buat-buat tak tahu, mungkin video yang dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Indonesia ini bakal mengingatkan anda tentang bahayanya asap rokok tersebut..!
Mangsa Kanser Pita Suara… Sedih Gila.. by mynewshub
Terus ‘terduduk’ rasanya apabila melihat penderitaan yang dialami mangsa dalam video tersebut.
Lihatlah bahagian lehernya, telah ditebuk bukan?
Ini menyebabkan dia tidak berupaya untuk bercakap seperti normal.
Mangsa merupakan salah seorang penghidap kanser pita suara di mana saluran anak tekaknya telah dijangkiti kuman yang berpunca daripada asap rokok.
Mesej yang disampaikan ini sememangnya amat memberi kesan kepada kami.
Anda bagaimana?
– MYNEWHSUB.CC
Oleh: hzq