Pernah bergelar salah seorang wanita tercantik dunia, kejelitaan supermodel Cindy Crawford memang tidak dapat dinafikan.
Kini, legasi kecantikan tersebut berterusan apabila anak perempuannya, Kaia Gerber dilihat mewarisinya.
Berwajah hampir seiras, warga media sosial menghujani pujian terhadap model cilik tersebut kerana pandai bergaya.
Melalui beberapa keping gambar yang memaprkan mereka sekeluarga, ia menjadi antara topik perbualan hangat di Internet semalam.
Kaia, 13, merupakan anak bongu Cindy bersama pasangannya, seorang ahli perniagaan Rander Gerber. Mereka turut memiliki seorang anak lelaki, Presley.
Foto-foto tersebut dilaporkan telah dirakam ketika mereka sekeluarga hadir pada tayangan perdana filem Tomorrowland Sabtu lalu.
Kaia telah menyertai bidang modelling sejak tiga tahun lalu apabila dipilih memperagakan busana mewah dari jenama Young Versace.
Sejak itu, dia acap kali mendapat peluang menjadi penghias majalah Teen Vogue.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Zaman Kegemilangan Supermodel Cindy Crawford