Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Cub Prix AAM: Tugas...

AHMAD Syukran Aizat mengakui dia perlu lebih bekerja keras bagi mengisi kekosongan yang...

Isteri Radhi OAG, Nur...

TAHNIAH diucapkan buat pemuzik band OAG, Radhi yang bakal bergelar bapa buat kali...

Honda Malaysia Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mencipta sejarah apabila mencatatkan...

Najib Ke Jaipur Teroka...

JAIPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Rajasthan hari ini untuk...

Wajib Taska Di Tempat Kerja Dipertimbangkan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mungkin mewajibkan majikan sektor swasta dan awam menyediakan pusat jagaan kanak-kanak atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di premis masing-masing bagi meningkatkan tenaga kerja wanita.

Perdana Menteri berkata langkah itu akan dipertimbangkan bagi tujuan mencapai sasaran 59 peratus penglibatan kaum wanita dalam pasaran tenaga kerja di negara ini.

“Banyak wanita berhenti bekerja atas pelbagai sebab dan ini merupakan antara langkah yang dapat diusahakan supaya wanita terpanggil untuk menceburi dunia kerjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pementeraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita (KIW) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

KIW diwakili oleh penasihatnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil manakala UKM oleh Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Najib turut mencadangkan agar syarikat senaraian awam di negara ini membuat program pemadanan bagi melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah atau jawatan tinggi pengurusan dalam organisasi masing-masing.


Beliau berkata KIW di bawah Jabatan Perdana Menteri telah melatih 900 calon wanita berpotensi untuk layak menjadi ahli lembaga pengarah syarikat.

Selain itu, kerajaan juga mahu melihat lebih banyak kaum wanita menceburi bidang keusahawanan dan mencapai kejayaan bukan sahaja di peringkat tempatan malah mampu menjadi pemain utama di peringkat serantau dan global, katanya.

Sementara itu Shahrizat berkata MoU itu merupakan inisiatif KIW untuk memacu usahawanita dan wanita profesional ke tahap lebih tinggi.

“Perkongsian bijak ini adalah bagi mengkaji dan mengenal pasti kaedah bersesuaian dalam memperkasa kapasiti pemikran golongan profesional dan keusahawanan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori