Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Abu Mayat Chin Peng:...

KUALA LUMPUR - Seramai 10 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung...

Sampah Punca Insiden Takungan...

GEORGETOWN : Sampah-sarap serta daun kering dikenal pasti menjadi punca berlakunya insiden takungan...

Esok Kita Tunjuk Dalam...

BANGKOK - "Esok kami tunjuk dalam padang!" Itu reaksi balas kapten Harimau Malaya, Zaquan...

Acer Iconia Tab 7:...

Bolehkah anda membayangkan gabungan telefon pintar dan sebuah tablet kecil?Ya, Acer Iconia Tab...

Wan Azizah Ada Hak Halang PAS Bentang Hudud!

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempunyai hak untuk menentukan sama ada PAS boleh atau tidak membentangkan cadangan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan pada sidang Parlimen akan datang.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, ia berikutan Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang yang baharu di Parlimen seperti diumumkan oleh Timbalannya, Mohamed Azmin Ali semalam.

“Berdasarkan pengumuman, PAS dan DAP telah bersetuju dengan perkara itu (Wan Azizah menjadi Ketua Pembangkang).

“Oleh itu, kami berharap Ketua Pembangkang yang baharu akan menyelesaikan isu Ahli Parlimen PAS mahu membentangkan undang-undang hudud di Parlimen minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Keng Liang berkata, Wan Azizah perlu bertegas dalam isu itu kerana pimpinan PAS tiga hari lalu telah menegaskan parti tersebut akan tetap membentangkan undang-undang hudud di Parlimen.


Menurutnya, Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang perlu menunjukkan pendiriannya yang mewakili Pakatan Rakyat dalam isu tersebut di Parlimen.

Katanya, jika Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan rancangan PAS tersebut, maka Wan Azizah perlu segera menghalang PAS daripada meneruskan hasrat parti itu.

“Pakatan Rakyat yang berdiam dalam isu itu menunjukkan DAP dan PKR turut menyokong pelaksanaan undang-undang hudud,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori