Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Masalah Kesuburan Wanita Ada...

KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini ramai pasangan yang malu untuk tampil membincangkan...

Filem Biopik Lamborghini Dalam...

Selalu kita dengar filem biopik tentang teknologi, tapi untuk tahun ini penerbit berdarah...

Lambakan Pekerja Asing: Tubuh...

KUALA LUMPUR - Salah satu punca meningkatnya jumlah pekerja asing di negara ini...

Mahkota RM4.74j Dicuri Dari...

LYON - Sebuah mahkota kurun ke-19 yang bertatahkan hampir 1,800 butir permata dan...

Wan Hashim Tekad Jelajah United Kingdom Tahun Hadapan

MUAR – Kejayaan menjelajah Semenanjung Malaysia dan Asia Tenggara tahun lalu menjadi perangsang kepada pengayuh basikal warga emas untuk menakluki pula United Kingdom tahun hadapan pada usia 70 tahun.

Wan Hasim Wan Mahmood berkata beliau kini telah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk memulakan cabaran secara solo yang dijangka bermula pada April.

“Saya telah melalui hampir 10,000 kilometer sebelum ini iaitu berkayuh mengelilingi Semenanjung dan Asia Tenggara dan tidak ada masalah bagi saya untuk mengulangi berkayuh secara solo yang membabitkan jarak lebih 8,000 kilometer di United Kingdom.

“Saya memilih berkayuh pada April yang dijangka berakhir dalam tempoh tiga bulan kerana pada masa itu keadaan cuaca yang tidak sejuk dan kini saya sedang mengkaji keadaan bentuk muka bumi di sana,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan berkata penjelajahannya itu nanti akan bermula di London, England sebelum memasuki Wales, Ireland Utara, Scotland dan kemudiannya berakhir di London semula.

“Saya akan menempuh lebih 150 buah bandar utama di seluruh United Kingdom termasuk lokasi bersejarah dan pelancongan,” katanya.

Wan Hashim berkata sebagai persediaan untuk misinya itu beliau kini giat mengadakan latihan dengan berkayuh lebih 20 kilometer sehari.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya yang baik dapat melancarkan segala usaha seperti latihan dan kini menjaga pemakanan bagi tujuan kayuhan ke negara itu,” katanya.


Beliau berkata kos untuk jelajah berbasikal berkenaan dianggarkan melebihi RM90,000 dan berharap ada pihak yang sudi untuk menaja beliau.

Katanya penajaan itu merangkumi sebuah basikal baharu yang sesuai untuk keadaan lasak termasuk penginapan dan makan minum.

“Saya berazam untuk memperkenalkan Malaysia di setiap penjelajahan saya dan berharap ini menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya kali ini beliau tidak berteman seperti kayuhan di Asia Tenggara pada Jun lalu yang ditemani seorang anggota komando.

Pada Februari tahun lalu, Wan Hashim mengelilingi Semenanjung dalam tempoh sebulan dan beliau kemudiannya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pengayuh solo lelaki tertua mengelilingi Semenanjung.

Dua bulan selepas itu Wan Hashim menjelajah pula ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Singapura dengan tajaan beberapa pihak termasuk kerajaan Kelantan dan sebuah syarikat telekomunikasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori