SEORANG wanita dengan berani telah berkongsi gambar selfie dirinya yang menunjukkan kesan kanser kulit yang dihidapinya di laman facebook.
Tindakan wanita itu, Tawny Willoughby, 27, adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahayanya tabiat suka berjemur.
Tawny yang mula menghidap kanser kulit seawal usia 21 tahun mahu orang ramai sedar dan mula mencegah sebelum terlambat.
Gambar yang dimuat naik di facebook itu mula mendapat perhatian dan dikongsi semula sebanyak hampir 70 ribu oleh pengguna laman tersebut.
Tawny yang membesar di Kentucky melakukan aktiviti berjemur 4-5 hari dalam seminggu.
Sekarang Tawny perlu berjumpa dengan doktor dermatologisnya setiap 6 hingga 12 bulan untuk rawatan.
Kesimpulannya, jagalah kulit masing-masing dengan baik, jadikan gambar Tawny ini sebagai contoh supaya dapat elakkan diri kita daripada melakukan kesilapan seperti dia.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=hT4GN66BlIw
Oleh: Pitt