Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Siti Kassim Tolak Pertemuan...

MUNGKIN hanya pandai memperjuangankan retorik hak asasi manusia namun hakikatnya tidak berani bersemuka...

Najib Mahu Jadikan Malaysia...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau ingin...

Sampai ‘Tergolek’ Bawa Pesakit,...

PETALING JAYA – Siapa tidak tersentuh melihat pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan...

Tidak Wajar Segera Jual...

PETALING JAYA - Ahli perniagan yang diburu, Low Taek Jho, yang juga dikenali...

Wanita, Lembaga Pengarah Dan Golf

APABILA Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tekad untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita terlibat di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat dalam negara ini, ramai yang skeptikal malah ada yang secara sinis menganggap ia bagaikan satu usaha ‘mimpi di siang hari’.

Realitinya, apakah masalah jika usaha ini membuahkan hasil?

Sampai bila kita hendak menganggap wanita hanya sebagai pelaksana atau ‘budak suruhan’ di saat setiap tahun jumlah wanita yang keluar dari menara gading lebih ramai daripada lelaki, di saat setiap tahun jumlah wanita yang berjaya mendaki tangga sektor awam dan korporat semakin bercambah?

Untuk rekod, berdasarkan data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sehingga Disember 2014, hanya 16 peratus iaitu 3,513 orang daripada keseluruhan ahli lembaga pengarah yang berjumlah 21,948 orang di syarikat awam (Public Companies) adalah wanita.

Syarikat awam merangkumi syarikat tersenarai awam (Public Listed Companies) dan syarikat tidak tersenarai awam (Non-Public Listed Companies).

Justeru bagi memastikan kumpulan wanita yang kompeten dapat diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat tersenarai awam (PLC) Kementerian telah melaksanakan Program Pengarah Wanita atau Women Directors’ Programme semenjak tahun 2012.

Untuk itu Rohani telah mengarahkan, melalui agensi di bawah kementeriannya, NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dengan kerjasama Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) untuk merangka penubuhan 30 percent club.

Apa itu 30 percent club?

Ia merupakan kumpulan pemimpin perniagaan dan ‘drivers’ yang komited untuk memastikan lebih ramai wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat.

Bersifat ‘business-led approach’ dan ‘persuasive’, platform ini dijangka dapat meningkatkan ‘placement’ di peringkat pembuat keputusan di sektor korporat sekaligus mendapatkan ‘buy-in’ dari sektor korporat untuk meningkatkan peratusan wanita di peringkat pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah.

Berdasarkan pencapaian di Hong Kong dan United Kingdom, peratusan ‘placement’ wanita di peringkat pembuat keputusan telah meningkat dengan adanya kelab tersebut.

Percayalah, lembaga pengarah yang seimbang dan pelbagai, boleh dicapai, jika entiti Malaysia memberi tumpuan ke atas pengambilan dan pengekalan bakat terbaik, termasuk wanita.

Kita kena akui, demografik dalam lembaga pengarah, khususnya gender, memang mewujudkan perbezaan.

Sebab itu anggota lembaga pengarah dan kepimpinan korporat yang berlainan dan seimbang yang merangkumi lelaki dan wanita yang berkeupayaan, sangat penting.


Kajian juga menunjukkan syarikat yang mempunyai ramai pemimpin wanita, ditadbir dengan lebih baik.

Namun sebagai menteri bertanggungjawab, Rohani merasakan bahawa pengisian 30 peratus wanita sebagai ahli lembaga pengarah bukan hanya untuk memenuhi kuota, tetapi yang penting mereka layak dan berusaha untuk mendapatkannya.

Sebab itu beliau membuat kenyataan kalaulah perlu mereka bermain golf sebagai salah satu cara untuk menonjolkan diri mereka, tidak ada salahnya untuk berbuat demikian.

Pernah tak kita bertanya, kenapa ramai tokoh korporat dan pemain utama industri banyak bermain golf…sebenarnya ia bukan sekadar permainan tetapi ia lebih daripada itu.

Bukan rahsia lagi, banyak keputusan-keputusan penting LAHIR daripada sukan itu kerana inilah masanya para tokoh korporat ini dapat bertukar-tukar fikiran secara lebih santai dan relaks, jauh dari situasi stress di bilik mesyuarat sebagai contoh.

Yang pasti, terdapat golongan wanita yang sering terlepas peluang memegang jawatan atau tanggungjawab dalam membuat keputusan di syarikat dan mereka sering dikecualikan daripada aktiviti di luar pejabat seperti permainan golf dan acara sukan lain.

Terdapatnya stereotaip menyatakan bahawa wanita harus menumpukan perhatiannya terhadap keluarga. Di sinilah golongan lelaki ‘mengambil kesempatan’ dan dilihat lebih mempromosikan diri mereka sendiri berbanding wanita.

Malangnya ada pihak menyempitkan fikiran dengan menganggap Rohani berkeras mahu wanita bermain golf kalau mahu jadi ahli lembaga pengarah – satu interpretasi yang JAUH daripada maksud yang beliau cuba ingin sampaikan.

Sedangkan dalam sidang akhbar semalam, Rohani turut mencadangkan pelbagai kaedah lagi yang boleh dipertimbangkan termasuklah tuan punya diri boleh menulis di dalam akhbar atau majalah sebagai salah satu cara untuk ‘memasarkan’ diri mereka.

Perniagaan adalah satu seni…justeru untuk menempatkan diri sebagai pembuat keputusan atau lembaga pengarah juga adalah satu seni yang adakalanya tidak tertulis dalam mana-mana jurnal atau makalah.

Kerajaan hanya boleh membantu daripada segi dasar tetapi akhirnya diri sendiri yang perlu berusaha untuk muncul di barisan hadapan. Ada 1,001 cara…ada 1,001 kaedah.
Fikir-fikirkanlah.

TAMAT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori