Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Bertekad Teruskan Agenda...

Kerajaan Malaysia akan terus bertekad untuk meneruskan agenda transformasi negara, yang memerlukan komitmen...

Pekerja Pusat Hiburan Diarah...

MUAR - Mahkamah Tinggi Muar hari ini mengarahkan seorang pekerja pusat hiburan membela...

Sabah Acuan Terbaik Konsep...

KENINGAU - Sabah merupakan contoh terbaik acuan konsep 1Malaysia di negara ini, kata...

Rasulullah Bijak Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - "Rasulullah S.A.W sangat bijak ketika membuat keputusan sama ada ketika...

Wanita Nyaris Jadi Makanan Beruang

RUSIA – Berpantang ajal sebelum maut. Seorang wanita, Natalya Pasternak, 55, hampir maut apabila ditanam hidup-hidup oleh seekor beruang yang mahu menjadikannya sebagai simpanan makanan selepas menyerang dan mencederakannya.

Wanita itu bernasib baik kerana beruang tersebut yang menyangka dia sudah mati, telah menutup wanita itu dengan daun kering dan menghilangkan diri.

Ketika itu, Natayla yang mengalami kecederaan parah, hanya mampu berserah.

Nasib baik rakannya berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan.

Setibanya pasukan penyelamat, mereka turut terserempak dengan beruang itu yang kembali ke tempat Natalya ditanam untuk makan wanita itu. Memandangkan tiada pilihan lain, pasukan penyelamat terpaksa menembak mati beruang terbabit.


Natalya kini dirawat di hospital namun dalam keadaan nazak akibat digigit di bahagian kepala dan paha. Dua anaknya juga berada di sampingnya ketika ini.

Menurut doktor, selain cedera parah, Natalya juga mengalami mengalami kejutan akibat serangan tersebut.- Mynewshub.cc

https://youtu.be/pgobw3pqBaA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori