DENDAM  sampai mati.. ternyata seorang wanita dari Amerika Syarikat ini tidak akan berpuas hati sehingga dapat membuat sesuatu kepada bekas kekasih kepada teman lelakinya.
Shaynna Sims, 26, dari Oklahoma telah menghadiri majlis pengebumian seorang wanita yang merupakan bekas kekasih teman lelakinya lalu menoreh muka mayat tersebut dengan pisau dari garisan rambut hingga ke hidungnya.
Shaynna juga dikatakan telah melumurkan muka si mati dengan mekap, memotong rambut serta mencuri kasutnya.
Menurut sumber, keluarga si mati mula mengesyaki perbuatan keji itu selepas melihat tangan Shanynna berada di dalam keranda.
Pihak polis kemudiannya menahan wanita ‘psiko’ itu.
Shanynna dikenakan USD20,000 dolar untuk diikat jamin.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYFQ