PELAKON Wawa Zainal yang kini disahkan hamil anak kedua mengatakan dia berharap kandungan kali ini merupakan seorang bayi perempuan.
Wawa dan suami, Aeril Zafril sudah memiliki cahaya mata lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar hasil perkahwinan mereka tiga tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro Wawa berkata, “Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat sehingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga.”
Pasangan romantis yang pernah diuji dengan kisah kontroversi ini juga dilihat sudah semakin aktif mewarnai dunia seni lakonan tempatan walaupun sebelum ini pelbagai kisah hangat pernah melanda hidup mereka.
Apa-apa pun tahniah Wawa dan Aeril, semoga kelahiran anak kedua ini dapat menyerikan lagi rumah tangga kalian!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMIN
Video persandingan Wawa dan Aeril
https://www.youtube.com/watch?v=-_xW688qmuo