Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Untung Meniaga Baju Raya,...

SEMPENA kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi, ramai selebriti mengambil kesempatan menambah duit...

RM525,000 Bekal Tenaga Solar...

GUA MUSANG - Kerajaan persekutuan membelanjakan sebanyak RM525,000 bagi membekalkan tenaga solar kepada...

PSM Harap Harimau Malaya...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berharap Stadium Nasional di Bukit Jalil,...

Muhammad Hakimi Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Pemilik rekod Sukan SEA bagi acara lompat kijang, Muhammad Hakimi...

Wisma Putra Pandang Serius Kebanjiran Pelarian Myanmar

KERAJAAN Malaysia amat prihatin dengan isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin Myanmar dan Bangladesh akhir-akhir ini ke Malaysia, menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri di Putrajaya pada Jumaat.

Kenyataan itu berkata, Malaysia kekal komited untuk bekerja rapat dengan negara-negara terlibat dan masyarakat antarabangsa dalam menyeleasaikan isu pelarian tersebut serta kes pemerdagangan manusia di rantau ini.

Kementerian itu juga dijangka mengadakan satu mesyuarat dengan negara-negara berkaitan termasuk Myanmar dan Bangladesh serta jiran kita yang terpaksa menjadi negara transit iaitu Thailand dan Indonesia.

Mengenai isu pemerdagangan manusia, ASEAN ujarnya, sedang bekerja ke arah merealisasikan Konvensyen Pemerdagangan Manusia ASEAN (ACTIP) dan dokumen pelaksanaan Pelan Tindakan Serantau (RPA).

Rancangan tersebut akan dikemukakan kepada Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN Ke-10 mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) yang dijadualkan pada 28 September sehingga 1 Oktober di Kuala Lumpur.

Manakala ACTIP pula dibangunkan untuk mencapai satu rangka kerja dipersetujui serantau mengenai kerjasama dalam kalangan negara anggota ASEAN untuk siasatan dan pendakwaan kes pemerdagangan manusia.


Konvensyen tersebut malah menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa pemerdagangan untuk kembali dengan selamat, menjalani proses pemulihan, dan akhirnya diterima semula sebagai anggota masyarakat mereka.

Malaysia dalam pada itu turut mengutuk keras tindakan pihak sindiket penyeludupan manusia yang mungkin boleh mengkibatkan kematian, kecederaan dan layanan tiada perikemanusiaan kepada pendatang asing ini.

Wisma Putra dalam kenyataan itu berkata, Malaysia sebenarnya sebagai negara destinasi pelarian, masih komited serius menangani isu tersebut yang jika dibiarkan akan memberi kesan negatif kepada masalah domestik Malaysia.

Menyedari keadaan rumit isu penyeludupan ini, Malaysia akan terus mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut sama ada usaha secara terus, bersepadu dan selaras dengan negara asal, transit dan penerima.

Dalam hal ini, kerajaan Malaysia memberi jaminan akan terus memperjuangkan isu kebanjiran pelarian berkenaan dalam mana-mana platform yang bersesuaian. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori