Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Kurung Anak Dalam...

Sweden – Selepas 10 tahun dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar,...

India Cipta Rekod Lancar...

NEW DELHI - India pada Rabu mencatatkan rekod dengan pelancaran 104 satelit menerusi...

Penghuni PPR Persoal Tony...

KOTA KINABALU - Kempen DAP di PPR Taman Harmoni di Sandakan malam tadi...

Genap 53 Tahun Siaran...

HARI ini, 53 tahun yang lalu, industri penyiaran negara yang bermula dengan perkhidmatan...

Wow..! Arkitek Mahu Bina Gelanggang Tenis Dalam Air

SETIAP orang yang ingin hasil kerjanya diiktiraf perlu datang dengan idea yang lain daripada yang lain, atau sesuatu yang tidak terfikir oleh orang lain.

Mungkin itulah yang difikirkan oleh seorang arkitek dari Poland ini, Kryzstov Kotala bercadang untuk membina sebuah gelanggang tenis yang terletak di dalam air di Dubai.

tennis1

Semestinya idea yang dilontarkan itu sangat unik dan sebelum ini Dubai juga sememangnya sudah terkenal dengan gelanggang tenis tertinggi di dunia yang terletak di atas Hotel Burj Al Arab.

Jadi, apa salahnya wujudkan pula gelanggang tenis terdalam di dunia, betul tak?

tennis2

MAHARA
Restauran Al Mahara di Dubai merupakan restoran yang terletak di dalam air.

Kryzstov yang belajar di Royal’s London Institute of British Architect, Poland’s Krakow Politechnic dan Germany’s The Münster of Applied Sciences telah membayangkan untuk membina gelanggang tersebut di dalam air yang terletak di antara Burj Al Arab dan Pulau Palm Jumeirah.


Memang menarik idea arkitek ini, sambil tonton perlawanan tenis boleh juga melihat keindahan yang dipenuhi dengan kehidupan di dasar laut.

Cuma diharapkan bumbung itu dapat menampung jisim air di atasnya agar tidak berlaku apa-apa kemalangan tragis.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=SrIeW4S91RE

Oleh: Pitt

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori