Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Model Wanita Bogel ‘Page...

LONDON – Setelah hampir 45 tahun mencipta populariti tersendiri sehingga menjadi suatu jenama...

Aliff Syukri Akui Ferrari...

HANGUS... Akhirnya insiden sebuah kereta mewah jenama Ferrari yang musnah terbakar di lebuh...

3 Pekerja Parah Selepas...

KUALA LUMPUR - Kira-kira tiga pekerja binaan kritikal manakala seorang cedera selepas struktur...

Lim Kit Siang Kalah...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membalas kritikan Ketua...

Pihak Terlibat Akan Dihadap Ke Muka Pengadilan – Zahid

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan tegas tetap akan diambil terhadap individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam kemalangan di Lebuhraya Duke, Sabtu lalu.

Menerusi posting beliau di laman Instagram, Zahid berkata, “saya dan keluarga merasa amat simpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga arwah. Saya ingin memberikan jaminan bahawa pihak polis akan melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan mengikut undang-undang bukan saja undang-undang pengangkutan jalan tetapi juga merangkumi undang-undang lain yang sedia ada.”

Sementara itu memetik Astro Awani, Zahid turut menyatakan jaminannya akan memastikan mereka yang terlibat dalam kemalangan berkenaan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Jangan ambil mudah apa yang berlaku, konon ada pihak yang berkata ini boleh dirundingkan, ini bukan soal berunding, ini soal nyawa.

“Konon ada laporan arwah tidak beri signal tukar lorong, kita tidak mudah terima laporan, jangan ingat pihak polis akan menutup kes ini dengan mudah.


“Jangan ingat konon ada ‘orang dalam’, saya akan pastikan ‘orang dalam’ itu pun diambil tindakan jika ada.

“Ini bukan mahu berpihak, ini soal nyawa,” katanya yang menziarah keluarga arwah di kediamannya hari ini selain menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak mangsa. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw

https://www.youtube.com/watch?v=zGt9FHiV6lA

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori