KONTROVERSI yang melanda pelakon, Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan bersama isterinya, Zarema Zainal masih hangat diperkatakan.
Isu ini semakin sensasi selepas Aidil membuat laporan polis gara-gara Rita mendedahkan nombor telefon isterinya, Zarema di laman sosial sehingga menganggu privasi mereka.
[AIDIL DAH LAMA TAHU ISTERINYA SERING GANGGU SAYA – RITA]
Dalam pada itu Zarema yang selama ini hanya berdiam diri, telah menyatakan pendiriannya selepas salah seorang pengikut di laman sosial melahirkan rasa bahawa dia hilang hormat kepadanya akibat isu ini.
Zarema membalas komen tersebut dengan menyatakan dirinya lansung tidak terkesan dengan apa yang orang cakap.
Baginya kehadiran orang terdekat seperti keluarga, kawan dan suami yang menyayangi dirinya itu sudah cukup penting.
Zarema juga kelihatan tenang membidas semula komen-komen orang ramai di laman sosial miliknya. Apa yang dapat dikatakan, dia membalas dengan cool dan tak pula melenting.
– MYNEWSHUB.CC