Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pendidikan Digital Bakal Diperkasakan...

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan sedang dan bakal melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menambah baik...

Najib Dakwa Anak George...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa sebuah dokumentari siasatan berkaitan...

Melaka Syarat Syarikat Tambak...

MELAKA - Kerajaan negeri bercadang untuk mensyaratkan semua syarikat penambakan laut melakukan kerja...

Polis Tahan 4 Individu,...

SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berumur...

ZTE Nubia Z9, Peranti Rekaan Kerangka Tepi Tanpa Bezel

PENGELUAR peranti mudah alih terkenal dari China, ZTE sedia menawarkan sejumlah peranti mereka untuk pasaran tempatan.

Terkini, mereka secara rasminya memperkenalkan ZTE Nubia Z9, peranti berspesifikasi tinggi terbaru daripada mereka.

Menjadi fokus utama pada peranti ZTE Nubia Z9 ini adalah rekaan skrin hadapannya, dimana ia membawakan rekaan bahagian tepi kerangka skrin hadapan yang sangat nipis, seakan hampir kepada tiada.

61e2a77cjw1erutkg3l5rj20xc18gagb

 

Untuk skrin hadapan, ia membawa skrin bersaiz 5.2-inci dengan resolusi 1080p dan kerangka tepinya dikatakan hanya setebal 0.8mm sahaja.

zte_nubia_z9_05

zte_nubia_z9_06

ZTE turut melengkapkan Nubia Z9 ini dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, serta hadir dengan pilihan memori 3GB RAM dan juga 4GB RAM.

Untuk rakaman gambar pula, ZTE menyertakan kamera belakang 16-megapixel f/2.0 dengan sokongan OIS, serta kamera hadapan 8-megapixel untuk rakaman selfie.


zte_nubia_z9_04

Selain menyertakan pelbagai spesifikasi terkini, peranti ini turut dilengkapi dengan antaramuka Android mereka tersendiri, dinamakan ZTE Nubia UI 3.0.

Melaluinya, mereka menyertakan beberapa fungsi khusus, termasuk gesture untuk memudahkan beberapa tugasan seperti merakamkan gambar skrin, mengubah kejelasan gambar, serta memulakan kamera.

zte_nubia_z9_03Edisi ruangan storan 64GB serta memori 4GB RAM turut disertakan dan sistem pengimbas cap jari khusus pada butang kuasa untuk membolehkan pengguna mengakses peranti dengan pantas serta pada masa yang sama mementingkan sekuriti.

Buat masa ini, mereka hanya memulakan pra-tempahan peranti ini di China sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihatnya di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

Sumber: Gizchina

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=hbqQ2sKifxI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori