Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Raub masih kekal...

Muka Ditoreh, Bekas Teman...

PETALING JAYA - Tidak puas hati selepas kekasih mahu memutuskan hubungan cinta yang...

Mahathir Cadang Kampus Cawangan...

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Jepun memantapkan kedudukannya dalam landskap...

Aswara Dinaik Taraf Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh...

Keychain Tanda Salib Di Kolej Matrikulasi Perlis?

HEBOH di laman sosial hari ini apabila penemuan tanda salib dalam keychain milik seorang pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menimbulkan kekecohan orang ramai khususnya umat Islam.

Menerusi laman sosial, seorang pelajar di kolej tersebut telah memuat naik beberapa keping gambar mendakwa terdapat lambang salib pada tapak Keychain yang diberikan oleh pihak KMP khusus untuk pelajar yang mendaftar pada sesi kemasukan 2015/ 2016.

Tambahnya lagi, dia menyedari lambang salib berkenaan susulan keychain tersebut terjatuh dan menyebabkan logo KMP tertanggal sehingga menampakkan bentuk tanda salib di bahagian dalamnya.

salib6

Perkara tersebut menjadi trending di laman makro Twitter dan di Facebok apabila netizen menyebarkan maklumat berkaitan gambar keychain bersalib itu.

salib2

salib5

Bagi mendapatkan jawapan terhadap isu yang boleh mencentuskan provokasi agama ini, pihak KMP telah tampil dengan memberi penjelasan berkenaan isu lambang salib tersebut.

Menurut KMP, syarikat pembekal telah memaklumkan bahawa silang yang seakan lambang salib itu sebenarnya adalah berfungsi sebagai tapak untuk digamkan logo KMP.


Pihak KMP mahupun pihak pembekal tiada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Bagaimanapun, semua keychain telah dipungut semula dan pembekal akan mengantikan dengan yang baru kepada pelajar.

Dilaporkan unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengambil langkah proaktif sejak Ahad 31 Mei 2015 untuk menarik semula keychain yang dibekalkan.

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan berkaitan isu tersebut.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=VoP4Y7cIq20

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori