Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Maut Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan lain...

Pakar Kesan Koronavirus Di...

BEIJING - Pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China berjaya mengasingkan...

Lelaki Rogol Kawan Untuk...

SINGAPURA : Seorang lelaki memperdaya dapat membantu rakan wanitanya menghalau hantu yang mengekori...

Seruan Menentang Kezaliman Modal...

KUALA LUMPUR - Seruan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan cuma satu modal politik...

Penyanyi Kacak ‘Kun Anta’ Suka Aksi Neelofa Dalam Kereta

NAMA Humood AlKhauder secara tiba-tiba menjadi sebutan ramai dan kegilaan gadis Malaysia apabila video rakaman aksinya menyanyikan lagu berjudul Kun Anta menjadi viral di media sosial.

Video yang dimuat naik kira-kira dua bulan lalu itu sekali gus mengangkat namanya Humood AlKhauder di Malaysia.

11114668_10153924618834638_1673387944_n

“Ramai yang suka dengan lagu Kun Anta hingga menjadi viral dan tambah mengejutkan saya, ramai yang menonton dan ‘like’ video saya menyanyikannya di dalam kereta.

“Sebenarnya, itu bukan pertama kali saya rakam video dari dalam kereta tetapi itu video saya dalam kereta yang pertama menjadi viral,” katanya ketika sidang media Konsert Malam Inspirasi sempena Festival Karyaone Fita UiTM 2015.

Pada masa yang sama, jejaka Kuwait ini meluahkan kesyukurannya apabila lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa termasuk ramai selebriti Malaysia seperti Neelofa.

“Saya tidak banyak tahu tentang muzik Malaysia tapi saya kenal penyanyi seperti kumpulan Raihan, Rabbani dan Yuna. Saya ada dengar lagu-lagu mereka.

“Saya juga tahu Neelofa tetapi belum pernah berjumpa lagi dengannya. Saya tahu namanya sejak saya tonton parodi video yang dilakukannya menerusi Instagram dan saya suka parodi itu,” katanya.

Sementara itu, Humood yang muncul dalam siaran langsung rancangan Meletop di Astro Ria malam tadi, mendedahkan kepada Neelofa dia suka akan video tersebut.

lofatudung5


“Pada awalnya saya terkejut, video yang diparodikan gadis bernama Neelofa mendapat puluhan ribu ‘likes’.

“Melihat followers Neelofa yang berjuta, barulah saya sedar parodi Kun Anta itu dinyanyikan oleh selebriti wanita terkenal di Malaysia,” kata Humood kepada Neelofa.

Untuk maklumat anda, Hummod akan mengadakan konsert di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam secara ‘live’ pertama kalinya di hadapan peminat tanah air pada 12 Jun ini.

Dalam konsert tersebut, Humood bakal bergandingan bersama penyanyi terkenal, Amy Search dan Lah Ahmad. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Malaysian Digest

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori