Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jepun Iktiraf Permainan Video,...

TOKYO - Jepun mengiktiraf produk dan keupayaan industri permainan video dan hiburan digital...

Wanita Main Luncur Angin...

BANTING - Seorang wanita berusia 27 tahun yang menyertai kegiatan luncur angin berhampiran Rumah...

120 Maut, 180 Cedera...

Rusuhan pada perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 120...

PM Pemimpin Transformatif, Multikulturalis

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan kebebasan bersuara kerana...

11 Penuntut Terima Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2015

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2015 kepada 11 penuntut institusi pengajian tinggi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Kesemua penerima biasiswa yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu merupakan penuntut dalam bidang sains dan teknologi yang akan melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara.

Mereka akan menerima kadar bayaran elaun sara hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasa Biasiswa Persekutuan.

Selain itu, penerima biasiswa juga tidak terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia dan bebas memilih untuk berkhidmat di sektor awam atau swasta namun diwajibkan pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian.

Pengurniaan biasiswa itu bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan penuntutdalam bidang akademik tetapi juga bagi mereka yang berkebolehan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovasi serta mendapat tempat di universiti terkemuka di dalam dan luar negara.


Seorang penerima, Irfan Zaini Zainudin, 27, dari Selangor yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Big Data, pengkhususan Business Analytic/Data Science di Imperial College London akan memanfaatkan peluang yang diberi sebaik mungkin.

S. Jeyanthi, 33, yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam bidang Mikrobiologi Perubatan di Universiti Putra Malaysia pula bersyukur kerana terpilih menjadi seorang daripada penerima biasiswa itu. – BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori