Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kamaruddin: Lanun Maut Selepas...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles "LAPORAN yang baru saya terima mengatakan terdapat lima buah...

Honor 4C Mula Mula...

Honor Malaysia hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan satu lagi peranti mampu...

BN Sarawak Perlu Menang...

SIBU – Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu menang besar dalam Pilihan Raya Umum...

Bata Perjelas Isu 3...

TIDAK keterlaluan, kami katakan kasut keluaran Bata merupakan antara jenama popular dan favourite bagi...

KTMB Lancar Tren Shuttle JB-Singapura 14 Kali Sehari

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan perkhidmatan tren ulang alik atau shuttle yang khusus antara dari stesen JB Sentral, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura pada 1 Julai ini.

Perkhidmatan dikenali sebagai ‘Shuttle Tebrau’ itu bakal memudahkan orang ramai yang berulang alik untuk menjalankan urusan harian antara dua negara tersebut, selain mengurangkan kesesakan teruk di Tambak Johor.

KTMB dalam satu kenyataan media berkata, sebanyak 14 perkhidmatan bakal disediakan pada setiap hari iaitu tujuh perkhidmatan dari stesen JB Sentral dan lagi tujuh perkhidmatan dari stesen Woodlands.

Perkhidmatan dari stesen JB Sentral akan bermula pada pukul 5.30 pagi dan berakhir pada 10.00 malam, manakala dari stesen Woodlands bermula pukul 6.30 pagi dan berakhir 11.00 malam.

Jadual waktu perkhidmatan bertolak dari stesen JB Sentral ialah setiap pukul 5.30 pagi, 7.00 pagi, 8.30 pagi, 4.00 petang, 5.30 petang, 7.00 malam dan tren terakhir pula ialah pukul 10.00 malam.

Manakala tren sama dari Woodlands itu pula akan bertolak balik pada setiap pukul 6.30 pagi, 8.00 pagi, 9.30 pagi, 5.00 petang, 6.30 petang, 8.00 malam dan tren terakhir ialah pukul 11.00 malam.


Tambang ditetapkan bagi perkhidmatan sehala untuk ‘Shuttle Tebrau’ itu adalah RM5 dari stesen JB Sentral dan S$5 sehala dari stesen Woodlands, kata kenyataan KTMB tersebut.

Berikutan itu, perkhidmatan KTM Intercity yang lain ke selatan seperti Tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Woodlands) ditamatkan di stesen JB Sentral sebelum menaiki tren Shuttle Tebrau untuk menuju ke Singapura.

Turut terlibat sama ialah Sinaran Selatan dan Senandung Sutera (KL Sentral-Woodlands), Senandung Timuran (Tumpat-Woodlands) dan Shuttle Gemas-Woodlands yang juga akan berakhir di stesen JB Sentral.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh melayari laman www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan KTMB menerusi talian 1-300-88-5862.  – Bernama/Mynewshub/H.A.A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori