Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahmad Razif Enggan Ulas...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman enggan mengulas mengenai...

Gambar MH370 Sudah Ditemui,...

KEHILANGAN pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur...

Mr Babe Majalah Untuk...

Adakah anda seorang lelaki yang gempal? Jika ya, mungkin anda berminat dengan majalah...

Geng Gulabi Pukul Perogol,...

APA yang berlaku apabila negara yang terkenal dengan berita kaum hawa dirogol, ditindas...

1MDB Nafi Tuduhan Enggan Benar Deloitte Mulakan Pengauditan

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata dakwaan bahawa syarikat itu enggan membenarkan Deloitte memulakan pengauditan tidak benar sama sekali.

Presiden Arul Kanda berkata lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB menemui firma pengauditan antarabangsa itu seawal Februari tahun ini bagi membincangkan tarikh memulakan proses mengaudit selepas tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015.

“Malah, pengauditan anak syarikat utama 1MDB, Edra Global Energy Bhd, sudah pun bermula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Arul Kanda yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkata demikian ketika merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang dilaporkan dalam portal berita.

Tony Pua dipetik sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan dan pengarah syarikat ‘enggan membenarkan Deloitte’ mengaudit 1MDB.


1MDB kini menjalani semakan semula dan penyiasatan akaun oleh Jabatan Audit Negara, kata Arul Kanda.

“Masa pengurusan kini difokuskan untuk ini (audit) berdasarkan kepentingan awam dan menyelesaikan kajian semula itu secepat mungkin.

“Lembaga pengarah sentiasa berbincang dengan Deloitte mengenai proses audit, dan maklumat terkini akan dikeluarkan pada masa yang bersesuaian,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori