Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mourinho Berang Pogba Tidak...

TIDAK fokus dan kurang komitmen, begitulah kritikan yang berterusan dilemparkan kepada bintang Manchester...

Pengantin Bersanding Dalam Bas...

MACAM-MACAM cara dilakukan oleh pasangan pengantin bagi mengabadikan hari bersejarah mereka supaya majlis perkahwinan yang...

Rezeki Dirampas Teksi ‘Haram’,...

Senada dalam menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya bertindak membela nasib mereka,...

Nasib Kanak-Kanak Mangsa Konflik,...

Nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata adalah antara isu utama yang...

1MDB: PKR Alu-Alukan Siasatan BNM

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalu-alukan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa satu siasatan rasmi telah dimulakan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, BNM perlu menyiasat jika ada sebarang dana yang dipinjam atau dilaburkan oleh 1MDB digunakan bagi tujuan yang berlainan dari kelulusan awal yang diberikan oleh BNM.

“Pengumuman BNM itu tepat juga pada masanya pada hari yang sama 1MDB mengumumkan ke mana dana RM42 bilion yang dipinjam telah dibelanjakan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi dalam pada itu mendakwa, sekurang-kurangnya separuh daripada RM42 bilion itu diragui telah dibelanjakan bagi tujuan yang berbeza dengan kelulusan awal BNM.

“Oleh demikian, saya menyeru BNM menyiasat sehingga satu laporan dapat dibentangkan di Parlimen untuk menyenaraikan semua perbelanjaan secara terperinci yang melibatkan hutang RM42 bilion itu,” katanya.


BNM pada 3 Jun lalu mengumumkan telah memulakan siasatan rasmi ke atas 1MDB bagi meneliti sama ada berlaku pelanggaran peraturan dan undang-undang bank pusat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, BNM sedang mengambil kenyataan individu-individu yang terlibat dalam proses tadbir urus dan mendapatkan maklumat daripada pihak dalam negeri dan luar negeri yang berkenaan. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori