Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

1MDB Nafi Dakwaan Akhbar...

KUALA LUMPUR - Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan syarikat itu ada membenarkan...

Saya Masih Berjiwa UMNO...

IPOH - Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman menerima keputusan...

Petani Dapat Manfaat Kemudahan...

KOTA KINABALU - Lebih 3,000 petani kawasan luar bandar Sabah kini menikmati kemudahan...

Allah… Kucing Bunting Rahang...

BUAT pencinta kucing, kami pasti gambar haiwan ini bakal membuatkan jiwa anda diruntun sayu dan...

1MDB Terima Cadangan Untuk Beli Tanahnya Di Air Hitam & Pulau Indah

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah menerima beberapa cadangan untuk membeli tanahnya di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda berkata cadangan itu susulan pengumuman syarikat pada 18 Feb untuk menjana wang daripada dua bidang tanah itu melalui usaha sama atau jualan terus.

Hasrat itu kemudiannya disahkan dalam pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Oleh itu, 1MDB bercadang untuk melantik perunding hartanah bebas untuk membantu dalam mengkaji pelbagai cadangan tersebut.


“Pengumuman lanjut mengenai perkembangan terkini akan dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya. – BERNAMA

 

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori