Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BN Susun Strategi Kempen...

PASIR SALAK - Barisan Nasional (BN) telah menyusun strategi kempen yang teratur dalam...

Tenggelamkan Kereta Kerana Marah...

Dover - Seorang lelaki yang dalam proses perceraian memandu kereta merah Corvette milik...

Tokoh Akademik Rashdan Baba...

KUALA LUMPUR - Tokoh akademik negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Rashdan...

Parti Amanah Nafi Tolak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menafikan parti itu menolak undang-undang hudud...

2 Suspek Menyamar Polis Ditahan Samun Buruh Bangladesh

BESUT – Dua suspek lelaki ditahan polis manakala seorang lagi masih bebas setelah menyamun dua buruh warga Bangladesh di rumah kongsi mereka di Jalan Pondok Nyamuk Jabi dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata suspek yang berusia 20 dan 27 tahun itu ditahan semalam selepas seorang mangsa samun, warga Bangladesh berumur 26 tahun membuat laporan polis di Balai Kampung Raja pada hari kejadian.

Khaled berkata dalam kejadian 9 malam itu, dua buruh Bangladesh yang sedang duduk berehat di rumah kongsi mereka, didatangi tiga lelaki yang mengaku sebagai anggota polis.

“Suspek telah mengambil pasport dan visa kedua-dua mangsa, beg pakaian mereka, telefon bimbit milik kedua-dua buruh berkenaan serta wang tunai sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Satria Neo berwarna putih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata tindakan pantas polis berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek melalui alamat yang diperoleh daripada maklumat kereta berkenaan sebelum menahan dua suspek itu dan merampas kereta suspek Satria Neo yang dipercayai digunakan dalam kes samun berkenaan.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan seorang lagi rakan suspek sedang diburu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori