JIKA tadi Mynewshub berkongsikan kisah masyarakat bukan Islam yang cuba berpuasa seperti mana rakan Muslim mereka yang lain, kali ini kami ingin memaparkan pula kisah penyanyi berkumpulan Korea atau K-Pop, 2AM yang sempat menziarahi sebuah masjid di Brunei Darussalam, baru-baru ini.
Jadi Trend! Individu Bukan Islam Kongsi Pengalaman Berpuasa
Ahli 2AM, Jinwoon dan rakan sekumpulannya kelihatan segak bergaya dengan persalinan lengkap baju Melayu ketika mengunjungi masjid dan mendengar sendiri laungan azan oleh bilal di sana.
 jinwoon’s to the azaan ;-; im //speechless// thanks for sending me the full vid of their reactions, @syiqin_a #lawofthejungle #lawofthejunglebrunei #brunei #2am #jinwoon #byungman #samhammington  A video posted by Sara S (@saraasaidin) on
Untuk pengetahuan peminat K-Pop semua, Jinwoon sedang berada di negara jiran itu bersama beberapa lagi artis popular Korea lain untuk menjalani penggambaran program realiti berjudul Law of the Jungle.
Jinwoon turut ditemani lima hos program itu iaitu pelakon Shim Hyung Tak, pelawak dan pelakon Kim Byung Man, pelakon Do Sang Woo, pelakon berdarah kacukan Korea-Australia Sam Hamington dan penyanyi serta pelakon Nam Gyu Ri. – MYNEWSHUB.CC
Gadis Melayu Dipeluk Artis K-Pop