Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Penjenayah Terbabit Samun,...

SEREMBAN - Dua penjenayah dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan pecah rumah ditembak...

Pemimpin Mesir, Turki Bertembung...

RIYADH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi tiba di Arab Saudi semalam dalam...

VIDEO: Kemalangan Ala ‘Final...

Mereka seperti diberi peluang untuk hidup kali kedua.Ini yang berlaku pada sekumpulan penonton...

Detik Cemas Ular Berusaha...

VIDEO dramatik seekor ular tedung yang cuba memasuki sebuah rumah di Batu Pahat,...

Usah Leka Gula-gula DAP Mahu Bantu Masjid

AWAL Jun lepas, umat Islam di seluruh Malaysia gempar dengan pengumuman DAP mahu berhasrat membina sebuah masjid di sebuah kampung di Gua Musang, Kelantan yang rosak akibat bencana banjir akhir tahun lalu.

Berita kontroversi itu diumumkan pemimpin parti cauvinis Cina tersebut ketika majlis penyerahan sumbangan rumah untuk mangsa banjir dan pengisytiharan kemasukan Sasterawan Negara, A Samad Said ke dalam DAP.

Rentetan pengumuman itu, beberapa pemimpin UMNO termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia membidas hasrat DAP tersebut yang disifatkan ada agenda tersirat dan bukan bermaksud meninggikan martabat syiar Islam.

Umum mengetahui, bagaimana parti pengasas DAP iaitu PAP di Singapura turut menggunakan taktik sama untuk menarik sokongan masyarakat Islam tetapi akhirnya meminggirkan komuniti minoriti republik itu sehingga kini.

Gambar hiasan

Bayangkanlah Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok ketika masuk kawasan Melayu malah beliau fasih berbahasa Melayu selain tahu membaca akhbar jawi popular, Utusan Melayu.

Pengalaman pernah menjadi peguam syarikat akhbar terulung Melayu itu membolehkan Kuan Yew amat faham psikologi kaum tersebut, namun akhirnya beliau sendiri yang mengharamkan azan di Singapura awal 1970-an.

Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu terpaksa membina atau baik pulih lebih 70 buah masjid di republik atas usaha sendiri menerusi dana khas Yayasan Mendaki kerana tiada peruntukan daripada pemerintah Singapura.

Malangnya, perkara itu masih tidak diambil pengajaran, apabila beberapa wakil rakyat DAP khasnya di Selangor dilaporkan mempromosikan program sumbangan derma kepada masjid dan surau tertentu di kawasan mereka.

Baca: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Gambar hiasan

Mereka mendakwa kononnya ia sebagai ‘mengimarahkan’ aktiviti sepanjang bulan Ramadan dan seorang ADUN wanita tanpa segan silu serta bangga turut bergambar bersama-sama dengan AJK di rumah Allah berkenaan.


Menyedari isu itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak cuba menggula-gulakan umat Islam di negara ini menerusi pemberian wang ringgit kepada pihak masjid atau surau.

Presidennya, Ibrahim Mohd. Hasan Al-Hafiz dilaporkan portal berita AgendaDaily sebagai berkata, tindakan DAP menabur duit untuk mengatakan mereka bukan anti-Islam sebenarnya adalah penghinaan terhadap umat Islam.

“Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita bersuara? Adakah maruah umat Islam rendah boleh dibeli dengan hanya nilai seribu atau dua ribu ringgit sahaja?

Baca: Halalkah Masjid Dibina DAP Parti Hentam Islam?

“Sesungguhnya tindakan biadap mereka menaburkan wang ringgit untuk mengatakan bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu bentuk penghinaan secara tersirat terhadap umat Islam,” tulisnya dalam status Facebooknya.

Ibrahim jelas merujuk status Facebook milik ADUN kawasan Subang Jaya, Hannah Yeoh yang memaklumkan pejabatnya menyalurkan peruntukan sebanyak RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau di kawasannya.

Portal berita FMT pula melaporkan, sumbangan Yeoh itu kononnya bagi pihak jawatankuasa rumah ibadat tersebut dapat menganjurkan beberapa program sepanjang Ramadan tahun ini. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori