Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

19 Juta Pengikut Twitter...

MUMBAI - Dalam dunia filem Bollywood, siapakah yang lebih 'handal' daripada pelakon kacak...

VIDEO : PAS Perlekeh...

TUMPAT - Parti PAS hari ini dalam satu sidang media memberikan kenyataan negatif...

Polis Shah Alam Terima...

SHAH ALAM : Sebanyak 9,938 laporan polis berkaitan banjir diterima Ibu pejabat Polis...

Kenapa Orang Luar Mahu...

ADA seorang pemimpin luar UMNO sedang sibuk mahu mengatur dan mempengaruhi pemilihan pemimpin...

Tiga Anak Usia 12 Hingga 15 Tahun Tak Berkhatan Kerana Miskin

SKUDAI – Akibat kesempitan wang, tiga beradik lelaki dari Jalan Jebat 26, Taman Sri Skudai, di sini, masih belum berkhatan walaupun usia mereka sudah mencecah 12 hingga 15 tahun.

Ibunya, Siti Farzilah Mohd Yatim, 34 berkata, anak sulungnya berusia 15 tahun itu juga terpaksa berhenti dari sekolah dan bekerja sebagai pembantu restoran bagi membantunya menampung sembilan lagi adik yang lain.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œBila melihat kehidupan sukar yang dialami anak-anak menyebabkan saya berasa amat sayu dan dia sendiri sudah tentu berasa malu kerana sehingga kini masih belum bersunat kerana saya tidak mampu menanggung kos yang mencecah RM200 seorang.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œAnak sulung sudah berhenti bersekolah sejak enam bulan lalu dan bekerja sebagai pembantu restoran,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Ibu kepada 10 anak itu berkata, keadaan mereka sekeluarga mula terhimpit apabila suaminya jarang pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah sejak akhir tahun lalu.

Katanya, mereka kini terpaksa menumpang dan bergantung harap kepada ibunya, Sabariah Daud, 60.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSaya tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil berusia antara tujuh bulan sehingga 15 tahun.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œBeban kewangan ini menyebabkan anak-anak saya terpaksa berjalan kaki untuk ke sekolah lebih 10 kilometer dari sini kerana sudah empat bulan tambang bas sekolah tertunggak sebanyak RM150 sebulan,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.


Siti Farzilah berharap dapat mengikuti kelas latihan kemahiran untuk berniaga bagi menampung keperluannya sekeluarga, namun tidak berpeluang kerana tidak mempunyai peralatan dan modal.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSejak dulu saya ingin bekerja tapi keadaan anak-anak yang masih kecil dan perlu membayar upah penjaga menyebabkan saya tidak dapat bekerja.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSaya berharap dapat menjalankan perniagaan dari rumah sebagai pendapatan kerana kami tidak ada menerima sebarang bantuan selain bantuan yang pernah diterima suami sebanyak RM200 dari baitulmal,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan menyelesaikan urusan berkhatan tiga anak Siti Farzilah dan melangsaikan tunggakan tambang bas sekolah.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œBantuan disalurkan menerusi dana Tabung Sayangi Gelang Patah. Selain itu kita turut memberikan bantuan barangan keperluan dapur.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKita juga akan mengetengahkan kes keluarga ini kepada Jabatan Agama Islam Johor dan memohon bantuan sekiranya layak,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori