Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Menteri Tarik Seluar Dalam...

PARIS - Menteri Kewangan Perancis, Michel Sapin kelmarin mengaku bertindak kurang sopan terhadap...

“Saya Dengar Jeritan Di...

KUALA LUMPUR — Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi...

RLIR: Pasukan ‘Oi!’ Sudah...

LANGKAWI - Pasukan 'Oi! dari Australia sudah mengesahkan kejuaraan kelas Racing pada Kejohanan...

Nik Elin Terima Banyak...

SHAH ALAM - Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuat tiga laporan polis...

3 Gempa Bumi Lemah Melanda Ranau Awal Hari Ini

KUALA LUMPUR – Tiga gempa bumi lemah melanda Ranau, Sabah hari ini sejak pukul 4.01 pagi dengan gempa pertama berukuran 2.5 pada skala Richter, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa kedua berukuran 2.4 pada skala Richter berlaku 24 minit kemudian iaitu pada pukul 4.25 pagi, dan gempa ketiga berukuran 2.5 pada skala Richter pada 6.09 pagi, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Pihaknya sedang memantau perkembangan gempa di Ranau itu, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, jurucakap jabatan itu berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk tempatan yang merasai gegaran gempa pertama dan ketiga.


Bagaimanapun, tiada laporan bagi gempa kedua.

Pada 5 Jun lepas, Ranau dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang mengorbankan 18 nyawa. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori