Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

14 Ditahan Di Labuan...

LABUAN - Seramai 14 orang ditahan di sini semalam bersabit salah guna dan...

Alibaba, Marriott Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Alibaba Group Holding Ltd dan Marriott International Inc. menjalin kerjasama untuk meningkatkan...

Polis Tunggu Laporan Forensik...

PUTRAJAYA - Polis masih menunggu laporan forensik mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...

Penyampai TV Wanita Tiba-Tiba...

MUMBAI - Seorang penyampai televisyen wanita terkenal di India meninggal dunia dalam keadaan...

3 Lelaki Disyaki Cuba Mencuri Besi Ditahan

KUANTAN – Tiga lelaki ditahan selepas disyaki cuba mencuri besi di kawasan tapak pembinaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Gambang dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun itu ditahan selepas berkelakuan mencurigakan semasa anggota Balai Polis Gambang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

“Dalam kejadian 11.45 malam itu, polis terserempak dengan suspek yang disyaki mencuri besi di kawasan tapak pembinaan itu dengan menggunakan sebuah van.

“Semasa menghampiri mereka, suspek cuba melarikan diri namun anggota polis berjaya menangkap mereka selepas bergelut beberapa minit,” katanya hari ini.


Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori