Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PANAS!! VIDEO : Hadi...

TUMPAT - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang nampaknya berteka-teki malam tadi...

Yingluck: Polis Thai Tugaskan...

BANGKOK - Kira-kira 4,000 anggota polis akan ditugaskan di dalam dan di luar...

Bali Isytihar Darurat ‘Sampah’,...

JAKARTA – Pusat pelancongan Kuta di Bali sememangnya menjadi kawasan tumpuan pelbagai aktiviti...

Peluang Rasai Pengalaman Berlari...

LANGKAWI - Penyertaan dibuka sekarang kepada sesiapa yang berminat merasai pengalaman berlari dalam...

3 Pegawai Imigresen Didakwa Palsukan Butiran Dokumen Perkahwinan

TAWAU – Tiga pegawai Jabatan Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau terhadap tuduhan bersubahat memalsukan butiran dokumen perkahwinan untuk permohonan Visa Kemasukan Pelbagai, antara 2012 dan 2013.

Tertuduh pertama, Mohd Fazir Abd Ben, 36, didakwa memalsukan butiran di dalam satu dokumen perkahwinan satu pasangan pada 30 Oktober 2013 bagi meluluskan Visa Kemasukan Pelbagai seorang warga asing sedangkan perkahwinan itu tidak pernah berlaku.

Tertuduh kedua, Ismail Useh, 58, didakwa melakukan perbuatan yang sama pada 31 Disember 2012, manakala tertuduh ketiga Matusin Lamsahaini, 56, pula didakwa melakukan kesalahan sama pada 30 Oktober 2012.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Imigresen Lahad Datu.

Bagi pertuduhan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM30,000 dan penjara tidak kurang daripada lima tahun serta maksimum enam sebatan.


Hakim Datuk Ishak Bakri membenarkan kesemua tertuduh diikat jaminan RM8,000 seorang dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan tarikh pembicaran kesemua mereka pada 10 Ogos 2015.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Awang Samsul Baharam. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori