Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Manchester City Mahu Menghukum...

NAMPAKNYA Alexis Sanchez akan kekal di Emirates sehingga penghujung musim ini selepas Manchester...

Mahkota Ratu Ukraine Ditarik...

KIEV -Ā  Ratu Ukraine telah dilucutkan gelarannya selepas wanita itu didapati mempunyai seorang...

Kes Dera Anak Tiri:...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' ditahan reman tujuh...

SPR Siap Sedia Hadapi...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah siap sedia untuk mengendalikan proses penamaan...

30 Orang Terjejas Akibat Kebakaran Kawasan Setinggan Jalan Chan Sow Lin

KUALA LUMPUR – Tiga puluh orang terjejas selepas tujuh buah deretan rumah setinggan dan sebuah pejabat hangus dalam kebakaran di Jalan Batu 3 1/2 Jalan Sungai Besi, Off Jalan Chan Sow Lin dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berpunca daripada dapur sebuah rumah setinggan yang dihuni seorang lelaki berusia 80 tahun sebelum api merebak.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, struktur rumah yang diperbuat daripada kayu mengakibatkan api merebak dengan pantas ke bahagian rumah lain yang kedudukannya rapat.

“Api berjaya dikawal pukul 10.50 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala kerugian dianggarkan kira-kira RM600,000 berdasarkan kerosakan bangunan, barangan peribadi mangsa dan peralatan elektrik,” kata Kok Sin.


Beliau berkata, siasatan menunjukkan status tanah di rumah setinggan itu yang dihuni 30 orang iaitu 10 orang pekerja indonesia dan enam keluarga adalah milik Tenaga Nasional Berhad.

“Rata-rata keluarga yang tinggal di kawasan tersebut telah tinggal selama 30 tahun lepas. Siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan ia dikategorikan sebagai kemalangan,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori