PROGRAM SSM-ONE atau Online Networking Entrepreneurs 2015 yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat julung kalinya pada 4 dan 5 Jun ini, ternyata bukan sahaja memberikan faedah kepada para usahawan online malah pelbagai program menarik telah dirangka buat pengunjung sepanjang dua hari program itu berlangsung.
Antaranya acara Zumba serta persembahan penyanyi terkenal seperti Zainal Abidin, Norshila Amin, Zur Eda, Nadeera dan Azharina.
Program yang mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu artis kesayangan dan melihat lebih dekat produk yang diniagakan mereka di booth vendor; antaranya Nora Danish, Zarina Zainuddin, Ifa Raziah, Nubhan, Lydiawati dan Fazli Zainal.
Dirasmikan oleh Menteri PDNKK Datuk Seri Hasan Malek,  SSM-ONE yang bermatlamat mengumpulkan para pengusaha perniagaan atas talian di dalam satu komuniti yang disokong penuh oleh SSM ini juga menyajikan program berguna termasuk Forum Keusahawanan, Tips Mendapat Geran dan Pinjaman, Sepetang Bersama Menteri KPWKM Dato’ Sri Rohani Abd Karim, Table Talk bersama SSM, MyIPO, TEKUN, AKPK & Mara serta banyak lagi.
Bayangkan, kesemua program yang amat ‘mahal’ lagi bermanfaat ini dibawakan secara percuma, maka sememangnya rugi bagi mereka yang melepaskan peluang sebegini besar!
Jadilah peniaga dengan ilmu yang secukupnya agar perniagaan dapat berkembang dengan pantas dan menguntungkan.
Jika anda bukan peniaga dalam talian tetapi berminat, dipersilakan juga untuk hadir.
Untuk keterangan lanjut tentang program ini atau mahu menempah tempat, bolehlah berbuat demikian dengan melayari http://1-ssm.com selain menerusi saluran media sosial Facebook, Twitter dan Instagram SSM-ONE.
Jangan lupa.. SSM-ONE berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini di The Curve, Mutiara Damansara dari jam 9 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah PERCUMA.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi