Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Flood Mapping’ Bantu Polis...

PEKAN - Pelaksanaan 'flood mapping' atau pemetaan banjir diharap akan bantu polis daerah...

Pelaku Guna Asid Sulfurik...

Shah Alam : Tonggak Harimau Malaya Faisal Halim disimbah asid sulfurik pekat hingga...

Gempar Puluhan Degil Minum...

BANDAR SERI BEGAWAN ā€“ Meskipun sudah diharamkan penjualannya dan dilarang minum arak secara...

Peguam Untuk Hadapi Hukuman...

PUTRAJAYA - Badan kehakiman akan terus menugaskan peguam untuk mewakili mereka termasuk warga...

494 Syarikat Hasil Jualan Lebih RM5j Gagal Serah Borang Penyata GST

ALOR SETAR – Sebanyak 494 syarikat yang mempunyai hasil jualan lebih RM5 juta setahun di Kedah gagal untuk menyerahkan borang penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah Kastam negeri, Abdul Latif Abdul Kadir berkata setakat semalam hanya 1,931 syarikat yang menyerahkan borang tersebut dengan butir lengkap hasil jualan dan kutipan GST.

Katanya pihaknya telah menghantar notis peringatan kepada syarikat terbabit dalam sistem GST dengan meminta menyerahkan borang tersebut sebelum tarikh tutup pada 14 Jun ini.

“Untuk rekod kami ada 2,245 syarikat yang sepatutnya menghantar borang tersebut pada Mei lepas dan disebabkan ada syarikat yang gagal berbuat demikian pihak Kastam memberi tempoh sehingga 14 Jun ini untuk mereka serahkan penyata tersebut.

“Sekiranya ada syarikat yang gagal serahkan penyata GST pihak kami akan mengambil tindakan lanjut,” katanya pada Program GST Bersama Pelanggan di Kompleks Kastam negeri di sini hari ini.


Sementara itu Abdul Latif berkata setakat semalam 12,954 pelbagai syarikat perniagaan dan perkhidmatan di negeri itu telah berdaftar dengan GST dan jumlah itu akan meningkat dari semasa ke semasa. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori