Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dadah Bernilai Lebih RM2...

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan empat lelaki dan merampas dadah jenis syabu...

Ganjaran Menanti Pemain, Penyokong...

ALOR SETAR - Ganjaran menarik bakal menanti pemain dan penyokong skuad Lang Merah...

Tan Sri SM Salim...

BIDUAN Negara, Tan Sri Dato SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh...

Justo Dihadapkan Ke Mahkamah...

BANGKOK - Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh memeras ugut bekas majikannya,...

5 Sekolah Di Besut Dipilih Sertai Program My Mandarin

BESUT – Empat buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di sini dipilih menyertai Program ‘My Mandarin’ sebagai usaha menggalakkan pelajar mahir bertutur dan menulis Mandarin dengan baik dalam tempoh lima tahun.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata program di bawah projek Anggota Parlimen Besut itu turut mendapat kerjasama daripada pihak swasta dengan menggunakan satu sistem baharu yang membolehkan murid mempelajari bahasa Mandarin dengan cepat dan tepat.

Anggota Parlimen Besut itu berkata Program My Mandarin dijadikan sebagai subjek tambahan kepada para pelajar bermula dari Tahun Dua bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu bagi sekolah menengah.

“Kelas subjek tambahan itu akan diadakan pada sebelah petang membabitkan pengajaran selama 90 minit, dua kali seminggu oleh guru bahasa Mandarin,” katanya kepada Bernama selepas membuat lawatan singkat ke kelas Mandarin di Sekolah Kebangsaan Felda Tenang di sini.

Idris berkata projek yang bermula sejak dua bulan lepas itu dilihat memberikan hasil yang baik kepada pelajar yang mengikutinya hingga ada yang sudah mampu menyebut, menghafal perkataan dan menulis Mandarin dengan baik.

Sekolah yang dipilih untuk projek pertama itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja, SK Kuala Besut, SK Pelagat dan SK Felda Tenang manakala sekolah menengah yang terpilih ialah Sekolah Menengah Imtiaz Besut.


Beliau berkata pihaknya menjangkakan dalam tempoh enam bulan, pelajar yang menyertai program berkenaan mampu menyebut dan menghafal lebih 150 perkataan selain dapat menulis setiap perkataan dengan baik menerusi sistem pengajian baharu yang digunakan dalam program itu.

Katanya cara pengajaran dalam Program My Mandarin itu adalah berlainan seperti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah kerana ia menggunakan peralatan mengajar yang berkesan bagi menimbulkan suasana keseronokan belajar terhadap pelajar.

“Kita berharap melalui program ini pelajar yang terlibat dapat menambah satu lagi bahasa pertuturan mereka selain Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing dalam pergaulan harian,” katanya.

Justeru, pihaknya akan mengikuti perkembangan program itu dan sekiranya ia memberi kesan yang positif, cadangan akan dibuat kepada Kementerian Pendidikan untuk melaksanakannya di sekolah-sekolah lain sebelum diperluaskan ke seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori