Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Generasi Muda Felda Kini...

JOHOR BAHRU - Warga Felda kini tidak lagi bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata...

KKM Pinjam Dewan Bedah...

GEORGE TOWN ā€“ Kementerian Kesihatan akan memohon kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk...

Doa Memohon Agar Allah...

SESEORANG yang bijakasana akan selalu menginginkan kehidupan yang lebih baik. Kesalahan dan masalah di hari ini dijadikan loncatan untuk jauh lebih baik lagi.

Bukit Aman Buru Individu...

KUALA LUMPUR - Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman menyiasat dua laporan...

6 Lelaki Disyaki Curi Kereta Mewah Ditahan

ARAU – Polis menahan enam lelaki berumur antara 40 hingga 45 tahun kerana disyaki terlibat mencuri kereta mewah di negeri ini, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad memberitahu, tangkapan itu dibuat secara berasingan antara 8 hingga 23 Jun lalu di Bukit Selambau dan Gurun, Kedah.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata semua suspek dijejak oleh polis IPD Arau selepas mereka dipercayai mencuri dua buah kenderaan baru jenis Ford Focus dan Ford Ranger bernilai RM230,000 di bilik pameran kereta di Jejawi dekat sini pada 18 Mei lalu.

Kejadiann tersebut berlaku kira-kira pukul 3 pagi apabila suspek dikatakan mengumpil pintu cermin bilik pameran berkenaan sebelum menggeledah bilik pengurus dan jurujual kereta untuk mencari kunci dan kemudian melarikan kedua-dua kereta terbabit.

Siasatan awal yang dijalankan didapati kedua-dua kereta yang dicuri itu telah ditukar nombor plat menggunakan nombor kenderaan lain.

Hasil penahanan semua suspek, pihak polis menemui semula kereta jenis Ford Focus dan Toyota Vios yang dilapor di curi di Machang Bubut, Seberang Perai dan Honda City yang dilapor dicuri di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œAda di antara suspek dipercayai sangat mahir dan pakar mengenai kenderaan sehingga membolehkan mereka mencuri kenderaan berkenaan. Sebaik sahaja melarikan kenderaan ini, mereka akan menukar nombor dan menggunakan cukai jalan palsu.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œMelalui siasatan juga suspek dipercayai menjual kenderaan ini dengan harga jauh lebih murah iaitu antara RM5,000 dan RM15,000 kepada kenalan mereka. Sehingga kini polis masih mengesan kenderaan Ford Ranger yang disyaki telah dijual,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Ku Yaacob memberitahu berdasarkan siasatan awal semua suspek mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan mencuri serta penyalahgunaan dadah dan mereka direman sehingga 27 Jun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk premis dan mencuri kenderaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda atau sebat dan mengikut Seksyen 379A kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori