Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Bekas YDP Dan...

SEREMBAN - Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri...

CABUT Lari Andai Bertemu...

OMBAK berpetak pastinya sesuatu yang amat asing bagi kita. Memang pun kerana ia amat...

JPJ Panggil Pemilik Kenderaan...

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik...

50 Rumah Di Baling...

BALING - Sekurang-kurangnya 50 rumah di 13 kampung sekitar daerah di sini dinaiki...

8 Perompak Orkim Harmony Ditahan Vietnam – TLDM

KUANTAN – Lapan individu yang ditahan di Pulau To Chu, Vietnam, semalam disahkan adalah kumpulan yang merompak Kapal MT Orkim Harmony, 12 Jun lalu. Perkara itu disahkan Panglima Wilayah Laut Satu, Pengkalan Tentera Laut Diraja (TLDM), Datuk Azhari Abdul Rashid dalam satu sidang media sebentar tadi.

“Pada masa ini mereka masih berada Vietnam dalam tahanan selepas ditahan pihak berkuasa negara itu. “Mereka akan dibawa ke Malaysia dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, berkata beliau sudah menemui empat anak kapal terbabit dan semuanya dalam keadaan baik.

“Mereka tidak mengalami sebarang tanda trauma dan fizikal, ketika ini mereka sedang diambil keterangan.

“Selepas itu mereka kemudiannya akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan ahli keluarga,” katanya.

Khamis minggu lalu, negara digemparkan dengan insiden sebuah kapal tangki iaitu MT Orkim Harmony yang hilang di perairan Timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.


Kapal itu yang dimiliki Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd, membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Kapal itu membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta.

Berikutan kejadian itu, TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta beberapa agensi lain membabitkan pelbagai negara menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR). – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori