Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Terbaring Tepi Jalan...

Kuala Lumpur : Seorang lelaki yang dijumpai terbaring di tepi jalan di Taman...

Taufan Hato, Vietnam Airlines...

HANOI - Syarikat penerbangan Vietnam Airlines (VA) menyemak semula jadual penerbangan antara Hanoi,...

Amy Kwan Tekad Pamer...

KUALA LUMPUR - Selepas diketepikan ekoran masalah kecergasan dua tahun lepas, atlet gimnastik...

Anwar Dibenar Cabar Keputusan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan Datuk...

9,100 Anggota Bomba Bertugas Di Hari Raya

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti sebanyak 9,100 anggotanya di seluruh negara sepanjang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata hanya 29 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan lebih 13,000 anggota yang dibenarkan bercuti.

Katanya ini bermakna anggota bomba akan bekerja seperti biasa dan berada pada ‘stand-by’ sekiranya berlaku apa-apa kecemasan atau bencana semasa musim raya.

“Sepanjang musim perayaan, anggota dari 277 balai bomba di seluruh negara akan melakukan rondaan untuk meninjau 16 lebuh raya yang berisiko tinggi berlaku kebakaran dan kemalangan jalan raya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata antara lebuh raya yang diberi tumpuan ialah Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai-Timur.

Wan Mohd Nor berkata bomba juga akan melakukan rondaan di sekitar premis yang menjadi tumpuan masyarakat.


Menurutnya, kejadian kebakaran yang berlaku pada musim perayaan disebabkan pertambahan aktiviti manusia pada ketika itu berbanding hari-hari biasa.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan ibu bapa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak bermain mercun.

“Ini kerana daripada aktiviti bermain mercunlah antara punca kebakaran pada musim perayaan. Ibu bapa dinasihatkan jangan lalai dan kerap memantau aktiviti anak mereka,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=xgkKM8yuIpw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori