Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Shell Komitmen Bangunkan Lembangan...

KUALA LUMPUR – Shell Malaysia berkata keputusan pelaburan akhir (FID) yang diambil oleh...

Anggota TLDM Maut Dalam...

IPOH - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut...

Rundingan ECRL: Mengapa Daim,...

KUALA LUMPUR – “Kita pilih berasaskan kepada kebolehan tertentu, kadang-kadang apabila berunding, kita...

Petronas Tingkat Hubungan Dengan...

KUCHING - Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi Jabatan Perhubungan Medianya, berharap dapat meningkatkan...

Aceh Haram Wanita Keluar Rumah Selepas 11 Malam

Banda Aceh – Pihak berkuasa Banda Aceh semalam mengharamkan wanita berada di luar rumah atau bekerja selepas jam 11 malam bagi melindungi mereka daripada fitnah dan jenayah.

Datuk Bandar Aceh, Illiza Sa’aduddin Djamal berkata, wanita diharamkan berada di luar rumah dan lokasi hiburan seperti pusat sukan dan restoran selepas jam 11 malam.

Wanita juga diharamkan bekerja di premis seperti itu selepas waktu yang ditetapkan itu.

“Lokasi tumpuan seperti restoran dan pusat sukan diarahkan untuk tidak menerima pelanggan wanita selepas jam 11 malam melainkan mereka ditemani suami atau saudara lelaki.

“Majikan juga diarahkan supaya tidak membenarkan pekerja wanita bekerja melebihi waktu itu,” katanya.

Illiza berkata, walaupun peraturan itu dikritik kumpulan hak asasi manusia, langkah itu bertujuan melindungi wanita.

“Tujuan kami melindungi wanita termasuk yang bekerja di lokasi tumpuan pelancong seperti kafe Internet, pusat sukan dan restoran,” jelasnya.


Menurutnya, wanita yang didapati melanggar undang-undang itu akan diberi amaran manakala majikan atau pemilik perniagaan yang membenarkan wanita berada di premis mereka mungkin ditarik lesen perniagaan.

Wilayah Aceh yang mempunyai kuasa autonomi menguatkuasakan undang-undang Syariah termasuk melarang wanita berpakaian ketat.

Pengarah Suruhanjaya Kebangsaan untuk keganasan terhadap wanita, Azriana mengecam peraturan berkenaan yang dianggapnya menyekat kebebasan wanita. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=CbigEEjpcW8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori