SPEKULASI yang mendakwa minuman tenaga Red Bull berbahaya dan haram sering kali muncul di media sosial. Sejauh mana kebenarannya, masih belum terungkai.
Terbaharu, minuman pemberi tenaga ini kembali terpalit dengan kontroversi apabila ada yang mendakwa Red Bull haram diminum umat Islam kerana mempunyai bahan yang dikenali sebagai Taurine.
Ini kerana Taurine yang diperbuat daripada asid haiwan ini dipercayai menggunakan badan haiwan yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.
Menurut satu posting di Facebook, setiap pengguna perlu membuat kajian sendiri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan minuman tersebut.
“Red Bull mengandungi taurine (asid haiwan), sekiranya anda tahu apa itu, anda tidak akan menyentuh Red Bull, jadi buatlah kajian sendiri supaya anda tahu ia halal atau haram,” tulis posting yang menjadi viral tersebut.
Berikutan itu, posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen sama ada meluahkan kebimbangan mahupun  memberi maklumat mengenai taurine.
“Taurine penting untuk tubuh. Tanpanya otot rangka tidak akan membesar seperti yang sepatutnya, dan ia juga memberi kesan kepada pertumbuhan retina dan banyak lagi,†kata Naime Ahmed.
Menurut laman rasmi Red Bull, taurine yang digunakan dibuat secara sentetik sekali gus meyakinkan para pelanggannya bahawa minuman pemberi tenaga itu selamat, halal dan mengikut peraturan makanan tempatan.
Tambahan pula, syarikat Red Bull turut mempunyai sijil penghalalan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=ybmq-PKsiIQ
Oleh: CARRIE
Sumber: The Rakyat Post