Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Laporan Kronologi Kes Pensyarah...

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang...

India, Great Britain Berentap...

JOHOR BAHRU - India semakin hampir mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan...

Video: Anjing Gonggong Mayat...

VIDEO seekor anjing menggonggong mayat seorang bayi yang baru lahir tersebar meluas melalui...

Kecoh Artis Indonesia Suka...

SEBAGAI selebriti, golongan ini mestilah akan sentiasa mendapat perhatian daripada orang awam. Tidak...

ADUN DAP Sengaja Cetuskan Kontroversi Etika Pakaian

“ANDA dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel”.

Itulah apa yang dikatakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze yang mungkin mahu menempa kontroversi baru dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian di pejabat kerajaan.

Di halaman Facebooknya, beliau telah memuat naik gambar cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian ‘selagi tidak berbogel.”

ADUN Kinrara itu juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang dibenarkan sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).

ng sze han3
ng sze han2Sebelum ini, tindakan seorang wanita diminta memakai kain sarung ketika berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju mencetuskan kontroversi di alam maya.


Begitu juga dengan gambar wanita yang lain bertuala yang disebarkan meluas serta insiden hampir sama melibatkan wartawan di bangunan kerajaan negeri Selangor.

Serta isu pemakaian ahli gimnastik negara Farah Ann Abduk Hadi yang membawa emas untuk negara juga dikritik banyak pihak.

Sementara itu, tindakan Ng itu dilihat sengaja untuk menimbulkan kembali kontroversi sekitar cara pemakaian yang mula reda itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori