Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Abang Long Fadil 2...

SEJAK mula ditayangkan 24 Ogos lalu, filem Abang Long Fadil 2 sememangnya mendapat tempat...

10 Tahun KDNK N.Sembilan...

RANTAU – “Janganlah ‘over kill’…,” bidas calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya...

Jay Z Menduakan Beyonce...

WALAUPUN kedua-duanya sudah berumah tangga, namun baru-baru ini rapper popular, Jay Z digosipkan...

Ambil Serius Aduan Gangguan...

KUALA LUMPUR – Majikan diminta memberi perhatian serius kepada aduan oleh pekerja mereka...

Agong Kurnia Watikah Pelantikan 4 Perwakilan Malaysia

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara di sini.

Mereka ialah Datuk Abdul Samad Othman yang akan menjadi Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Ahmad Nazri Yusof (Belanda), Zainol Rahim Zainuddin (Arab Saudi) dan Mohammad Azhar Mazlan (Mexico).

Abdul Samad yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1983 pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Yemen pada 2007 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Afrika pada 2011 dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Barat (2015).

Ahmad Nazri pula pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri sejak 2013.


Zainol Rahim sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya (2009) sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik, Kementerian Luar pada 2011 dan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan (JPDP) pada 2015.

Mohammad Azhar pula pernah memegang jawatan sebagai Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina pada 2009 sebelum bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik pada 2012 dan Timbalan Ketua Pengarah, Penyelidikan dan Penerbitan, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) pada 2014.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori