50 Ahli Parlimen di Singapura yang bukan beragama Islam mengambil inisiatif berpuasa selama sehari demi mengumpul dana bagi membina sebuah masjid di Woodlands, baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Rakyat, Khaw Boon Wan berkata beliau dan ahli parlimen non muslim lain bersama-sama berpuasa seperti masyarakat Islam demi mengumpul dana membina Masjid Yusof Ishak.
Mereka kini dalam misi mengumpul sebanyak $100,000 (RM280,211) untuk pembinaan masjid berkenaan melalui kutipan derma daripada orang ramai.
“Ini juga merupakan masa untuk kami refleksi diri dan semangat menyambut Ramadan turut sama-sama dirasai bersama rakan Muslim yang lain,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Fasting Month Situations
https://www.youtube.com/watch?v=BdIAcIL6vaY