Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bot Bawa PATI Indonesia...

MEDAN – Sekurang-kurangnya dua dipercayai maut dan 26 lagi hilang selepas sebuah bot...

JPJ Kelantan Sita 18...

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 18 buah kenderaan dalam...

Raja Azmi Akui Sudah...

Setelah bercerai kali kedua dengan Mohd Eddie Ghazali, produser Raja Azmi Raja Sulaiman,...

China Tahan 2 Juta...

GENEVA, Switzerland – Sebuah panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima...

Ahmad Maslan Kongsi Resepi Masakan Tanpa GST

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini memuat naik resepi dan ‘petua’ bagaimana rakyat boleh mengelak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menerusi akaun Twitternya, Ahmad Maslan memuat naik dua keping gambar yang memperlihatkan cara memasak nasi goreng sambil menulis kepsyen berserta resepinya.

“Resepi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!,” tulisnya.

maslan1
Sajian resepi Ahmad Maslan yang sedang disediakan.
maslan2
Sajian nasi goreng Ahmad Maslan yang siap disediakan.

Status yang telah dimuat naik pada pagi Ahad itu menunjukkan kesungguhan Ahmad Maslan menerangkan kepada rakyat tentang cara ‘mengelak’ GST.

Bagaimana pun, ilmu yang ingin disampaikan Ahmad dianggap lawak oleh kebanyakkan pengguna Twitter.

Ada yang memerli inisiatif Ahmad Maslan dengan mengatakan ‘YB yang pandai’.


“@ahmadmaslan masak tak kena GST , beli barang tu yang kena GST. Pagi-pagi saya dihidangkan dengan kepandaian YB. Terima kasih YB”, tulis @HakimHakkinen.

Tidak kurang juga seorang pengguna Twitter mempersoalkan apakah maksud sebenar disebalik perkongsian gambar tersebut.

“Perkenalkan GST untuk bangunkan ekonomi negara, kemudian perkenalkan cara untuk elak GST, so yang mana satu sebenarnya nak aim?,” kata pengguna Twitter tersebut.

Tweet tersebut telah mendapat 1346 perkongsian dan mendapat ratusan favourites di Twitter.

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori