Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Jokowi Harap Malaysia Lindungi...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo berharap Malaysia dan Indonesia melaksanakan satu memorandum persefahaman...

TaxiGo, Satu Lagi Aplikasi...

CYBERJAYA - Perkhidmatan aplikasi ‘TaxiGo’ diperkenalkan sebagai satu lagi platform e-hailing bagi pengusaha...

5 Pati Ditahan Dalam...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

PRU14: Umum Calon Awal...

CYBERJAYA - Langkah Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Air Tebu, Murtabak Pilihan Najib Di Bazar Ramadan Putrajaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai orang ramai mengunjungi Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3 di sini.

Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau bazar tersebut yang menempatkan 300 lot niaga.

FW401235_PTJ17_180615_BAZAR-lpr
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membeli sata semasa mengunjungi Bazar Ramadan Putrajaya selepas merasmikan Festival Ramadan Putrajaya pada hari pertama menunaikan ibadat puasa hari ini. – Foto BERNAMA

Pada kesempatan itu, perdana menteri turut membeli dua jag air tebu dan sekeping murtabak ayam ‘legend’.

Peniaga air tebu berkenaan, Mohd Asri Jamaluddin, 35, berasa terkejut dan teruja apabila gerainya dikunjungi pemimpin nombor satu negara.

“Tak sangka perdana menteri datang gerai ini dan bayar sendiri air yang dibeli,” katanya yang berasal dari Bera, Pahang.


Terdahulu, Najib merasmikan Festival Ramadan Putrajaya melibatkan kawasan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Kiblat Walk dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 yang berlangsung mulai hari ini hingga 16 Julai.

Festival itu antara lain bertujuan menarik pelancong dan pengunjung ke Putrajaya selain menjadikan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barang keperluan bagi sambutan Aidilfitri.

Sebanyak 92 unit kiosk jualan barangan raya dan 18 gerai menjual juadah berbuka disediakan di sekitar tapak festival selain kemudahan kerusi serta meja untuk pengunjung berbuka puasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengangihkan bubur lambuk dan kurma sumbangan Kelab Pejabat Perdana Menteri kepada orang ramai selepas merasmikan Festival Ramadan Putrajaya 2015 di Kiblat Walk hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengangihkan bubur lambuk dan kurma sumbangan Kelab Pejabat Perdana Menteri kepada orang ramai selepas merasmikan Festival Ramadan Putrajaya 2015 di Kiblat Walk hari ini. – Foto BERNAMA

Pada majlis itu, Najib turut mengedarkan kurma dan bubur lambuk sumbangan PMO Club kepada orang ramai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori