Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Skim Projek Perumahan Boy...

SKIM perumahan DBI Properties yang dimiliki oleh bekas pelakon, Boy Iman sebenarnya tidak...

Agong Isytihar Darurat Bendung...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan...

Euro 2020: Sterling, Kane...

LONDON - England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0...

Semak Belanjawan 2019 Jika...

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mampu mengurus perbelanjaan dan hanya perlu menyemak semula...

AirAsia X Dan FLT Meterai Perjanjian Pembekalan Utama

KUALA LUMPUR – AirAsia X, syarikat penerangan kos rendah jarak jauh sekutu Kumpulan AirAsia, menandatangani perjanjian dengan The Flight Centre Travel Group (FLT) bagi mengukuhkan saluran pembekalan di Australia.

Menerusi perjanjian itu, FLT dan Kumpulan AirAsia akan bekerja bersama-sama secara proaktif bagi mempromosi tambang syarikat penerbangan, mewujudkan penawaran baharu dan unik untuk pelanggan serta meluaskan pasaran perjalanan keluar, kata AirAsia X menerusi satu kenyataan hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu mengenal pasti peluang pertumbuhan yang kukuh di Australia.

“Menerusi kerjasama rapat dengan FLT, kami dapat mengetengahkan penawaran kami kepada pangkalan asas pelanggan syarikat yang luas serta mempromosi secara proaktif kepada pengguna merentas saluran jenama dan jualan syarikat, terutama 1,000 kedai runcit perjalanan.


“Kepelbagaian jenama ini sangat penting berikutan model penerbangan kos tambang rendah tradisional semakin berkembang dan semakin popular dalam kalangan pelanggan secara lebih luas,” katanya.

Perjanjian itu bakal menyaksikan FLT memperoleh akses barisan penuh produk AirAsia menerusi aplikasi program antara muka dalam sistem pengedaran global. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori