PERASAAN putus cinta sememangnya satu benda yang sukar untuk diterima.
Seorang lelaki di Jerman ini ternyata tidak dapat menerima perkara itu dengan baik dan tenang lantas mengambil keputusan untuk melakukan satu perkara yang tidak dijangka.
Dia telah mengerat kebanyakan harta benda yang dimiliki menjadi separuh untuk diberikan kepada bekas kekasihnya dan lagi separuh dijual secara online melalui ebay.
Antara barangan yang telah dipotong olehnya adalah televisyen, kerusi, telefon bimbit, komputer riba, anak patung dan yang paling mengejutkan, sebuah kereta!
Apa yang menariknya lagi, hasil potongan yang dibuat lelaki itu sangat halus dan kemas sehingga mendapat pujian orang ramai.
Lelaki itu turut membuat sebuah video yang dituju khas kepada bekas kekasihnya dengan tajuk ‘Untuk Laura’ di laman Youtube yang menunjukkan aktiviti pemotongan barangan tersebut dilakukan, tonton video tersebut di bawah.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt