Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Proton Kurangkan Harga Sehingga...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang...

PRN Johor: SPR Bermesyuarat...

JOHOR BAHRU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal bermesyuarat di Johor Bahru esok...

“Beri Lesen Kepada Pemaju,...

"PEMBELI boleh mati!" demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim...

Kes Cemburu Di Perak.....

LENGGONG - Gara-gara cemburu kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain, seorang lelaki...

‘Alhamdulillah’ Kata Keluarga Anak Kapal MT Orkim Harmony

ALOR SETAR – “Alhamdulillah, ia berita yang amat dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Ia (berita) amat mengembirakan kami sekeluarga,” kata abang kepada anak kapal MT Orkim Harmony, Mohd. Adib Jamaluddin.

Mohd, Izzat, 28, berkata, mereka sekeluarga sedang menghitung detik dan masa untuk menatap wajah Mohd. Adib, selepas mendengar berita kesemua 22 anak kapal itu selamat dibebaskan.

Katanya ia adalah waktu yang amat sukar kepada keluarganya sejak berita tentang kehilangan kapal itu tersebar.

“Bagaimanapun kami (keluarga) tidak pernah berputus asa dan sentiasa berdoa agar keselamatan beliau (Mohd. Adib dan semua anak kapal) terpelihara dan doa kami terjawab hari ini. Alhamdulillah,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya bapanya, Jamaluddin Hussain dan ibunya, Che Marina Desa kini berada di Kuala Lumpur dan sedang menunggu berita daripada pemilik kapal itu sama ada akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan di Pahang untuk menyambut ketibaan Mohd. Adib.

Mohd. Izzat yang mendapat tahu tentang berita anak kapal itu dibebaskan menerusi radio turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara atas usaha keras mereka mengesan kapal tangki itu dan menyelamatkan anak kapalnya.


Kesemua 22 kru kapal tangki itu berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.

Dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd, ia membawa 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Kuantan kira-kira 2 pagi esok (20 Jun). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori